LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA

Bidang
Pengurusan HEM
Program
Latihan Kebakaran Kali Pertama
Anjuran
Unit Keselamatan SMK Permai Indah
Tarikh
20.2.2019
Masa
9.25-9.45 pagi
Tempat
SMK Permai Indah
Objektif
Melatih pelajar cara menyelamatkan diri pada
waktu kebakaran dan kecemasan
Mendedahkan kepada pelajar pengalaman langsung
menghadapi bahaya kebakaran
Memastikan pergerakan warga SMK Permai Indah
berjalan lancar semasa penggera berbunyi.
Pengisian
Warga SMK Permai Indah berkumpul di padang dalam
jangka masa 4 minit.
Pelajar berkumpul mengikut tingkatan
Ketua tingkatan akan mengambil kehadiran pelajar
dan terus melaporkan kepada guru tingkatan.
Guru tingkatan akan melaporkan kepada guru bertugas.
Rumusan
Semua penghuni bangunan/bilik dimestikan mengikuti
latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang
dinyatakan seperti berikut:

a. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan
tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan.
Sekiranya masa kritikal tidak berlu berbuat demikian,

b. Padamkan lampu dan kipas

c. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa
barang-barang penting seperti wang, barang kemas
dan seumpamanya yang senang dibawa.

d. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan
seperti dalam pelan.